Profesor Madya Datuk Dr.Agus bin Yusof

Prof.Datuk Dr Mohammad Agus bin Yusof - Pensyarah Sains Sosial, UKM

 

 

 

 

        Senarai Soalan Seperti Di Bawah  ( Untuk Menonton Video, Klik Kiri Pada Skrin)

  • D1- Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah bacaan Prof. berhubung masa depan pembangkang di Malaysia? 
  • D2 -Bagaimana pula dengan layanan yang diberikan oleh pemerintah (kerajaan) kepada pembangkang?
  • D3 -Adakah benar kerajaan mengenakan tekanan atau kawalan kepada pembangkang?
  • D4 - Bagaimana pula dengan tekanan yang diberikan oleh pembangkang kepada kerajaan?
  • D5- Dari segi amalan budaya politik kotor dan tidak matang, pihak manakah yang dilihat lebih menonjol?
  • D6- Adakah pembangkang hari ini telah memainkan peranan sebagai hak mereka dengan berhemah dan matang?
  • D7- Pembangkang menyifatkan BERSIH 3.0 adalah luahan hati rakyat namun kita semua mengetahui BERSIH 3.0 tidaklah mewakili suara rakyat majoriti. Jadi tepatkah istilah pembangkang yang menyertai perarakan haram BERSIH 3.0 sebagai rakyat telah bersuara?
  • D8- Tidakkah perarakan haram itu (BERSIH 3.0) hanyalah kosmetik kepada pihak pembangkang untuk 'menangguk di air keruh'?
  • D9- Ketua penganjur perarakan haram BERSIH 3.0 berpendapat perarakan adalah hari rakyat dalam melahirkan ekspresi rasa hati mereka. Namun mengapa beliau tidak pula menyenangi beberapa protes aman di depan kediaman beliau?
  • D10- Suruhanjaya Piliharaya  Malaysia bersedia untuk bertemu dan berbincang namun jika mereka (penganjur BERSIH 3.0) benar-benar ikhlas mengapa mereka menolaknya?
  • D11- Secara peribadi, adakah Prof. berpendapat pembangkang telah mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri?
  • D12- Apakah kelemahan di pihak pembangkang yang telah dikenalpasti oleh Prof.?
  • D13- Jadi, bagaimana Prof. mengukur kualiti pembangkang?
  • D14- Dapat dilihat Prof. mempunyai suatu aliran pemikiran yang berbeza sehingga kadang-kadang orang bertanya-tanya sebagai seorang pemikir dan penganalisis politik, Prof. seperti mengenepikan kebenaran. Bagaimana Prof. menjelaskan perkara ini?
  • D15- Kepada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang), apa yang ingin Prof. sampaikan?
  • D16- Pada pilihanraya umum yang akan datang bila-bila masa sahaja, apakah peluang kedua-duanya (kerajaan dan pembangkang)?
  • D17- Jika kita merujuk kepada keputusan kesemua pilihanraya yang berlangsung dinegara, kedengarannya 'rekod itu' sukar untuk dipecahkan meskipun ada kelihatan perubahan namun perubahan itu masih tidak mampu mengambil alih pemerintahan negara ini?
  • D18- Apakah konklusi Prof. berhubung tajuk kita dan temubual kita yang telah dilihat pada hari ini, 17 Mei 2012?

SIMBOL PILIHANRAYA MALAYSIA